Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis temui 8 keratan tubuh mayat di Melaka

 Polis menemui lapan bahagian tubuh badan mayat manusia tidak lengkap dipercayai milik lebih satu individu di kawasan semak, di jalan utama, Kampung Ladang, Krubong, berhampiran kawasan perindustrian, pada Khamis (10 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis temui 8 keratan tubuh mayat di Melaka

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 11 Oct 2019 07:46AM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 07:49AM

MELAKA: Polis menemui lapan bahagian tubuh badan mayat manusia tidak lengkap dipercayai milik lebih satu individu di kawasan semak, di jalan utama, Kampung Ladang, Krubong, berhampiran kawasan perindustrian, pada Khamis (10 Okt).

Berdasarkan siasatan awal polis, bahagian tubuh badan itu ditemui oleh seorang pekerja memotong rumput ketika menjalankan kerja penyelenggaraan sekitar kawasan itu kira-kira pukul 4.00 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner, Afzanizar Ahmad berkata, susulan itu, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka Tengah menjalankan siasatan di lokasi kejadian, lapor BH Online.

“Hasil siasatan awal, polis menemui lapan bahagian tubuh badan mayat tanpa pakaian, dipercayai mangsa pembunuhan.

“Kita percaya mayat dibunuh di tempat lain dan dianggarkan mangsa sudah meninggal dunia sejak lima hari,” katanya kepada pemberita, di lokasi kejadian, semalam,

Asisten Komisioner Afzanizar berkata, mayat berkenaan belum dapat dikenal pasti identiti dan jantina, malah tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar berdasarkan anggota badan tidak lengkap itu.

Semua maklumat sebenar akan diketahui selepas menerima laporan bedah siasat mayat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, menurut BH Online.

Setakat ini tiada barang lain ditemui dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.

BH Online melaporkan kes itu disiasat mengikut Kanun Keseksaan.

Penolong Pesuruhjaya Afzanizar berkata, sekiranya ada ahli keluarga atau kenalan yang hilang, diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, menurut sumber, pekerja memotong rumput berkenaan yang enggan namanya didedahkan, bersama dua lagi rakan sekerja dijadual memotong rumput di kawasan itu, semalam, namun terhidu bau busuk apabila semakin menghampiri tempat kejadian.

“Bau itu semakin kuat dan pemotong rumput berkenaan tiba-tiba ternampak bahagian kaki manusia dikerumuni ulat di dalam semak.

“Dia terus menggigil dan meninggalkan tempat kejadian sehingga tidak mahu bekerja,” katanya dimaklumkan bau busuk itu sudah berlaku sejak Isnin lalu namun membiarkannya kerana tidak mengesyaki apa-apa.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan