Images
  • glasgow stabbing
    Pasukan polis di tempat kejadian di mana enam mangsa cedera ditikam di sebuah hotel di Glasgow pada 26 Jun 2020. (Gambar: AFP)

Polis tembak mati suspek serangan tikam di Glasgow

GLASGOW: Polis Scotland di Glasgow menembak mati seorang suspek yang disyaki terlibat dalam beberapa serangan menikam di bandar itu.

Enam orang dimasukkan ke hospital termasuk seorang pegawai polis yang dikatakan dalam keadaan "kritikal tetapi stabil".

Insiden serangan itu berlaku di sebuah hotel yang menempatkan para individu yang ingin mendapatkan suaka.

Disebabkan krisis COVID-19, Kementerian Ehwal Dalam Negeri Britain menggunakan hotel-hotel kosong untuk menempatkan para pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan suaka.

Polis mengesahkan insiden berkenaan tiada kaitan dengan pengganasan.

- AFP/RU/fz

Top