Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Taiwan tembak lelaki disyaki tanam alat peledak

Polis di selatan Taiwan menembak seorang lelaki hari ini (14 Dis)disyaki menanam alat peledak di luar pejabat parti pembangkang utama pulau itu, kata Agensi Berita ‘Central’.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Taiwan tembak lelaki disyaki tanam alat peledak

Bahan yang disyaki alat peledak ditemui di pejabat kempen Tainan Kuomintang.

Diterbitkan : 14 Dec 2019 04:48PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 04:49PM

TAIPEI: Polis di selatan Taiwan menembak seorang lelaki hari ini (14 Dis) disyaki menanam alat peledak di luar pejabat parti pembangkang utama pulau itu, kata Agensi Berita ‘Central’.

Laporan agensi itu mendedahkan, alat peledak yang mengandungi wayar, cecair dan serbuk itu ditanam di luar pintu masuk pejabat Kuomintang di bandar Tainan.

Menurut agensi itu, polis menjejak suspek, seorang lelaki dikenali sebagai Wu, di bandar Kaohsiung dan selepas serbuan di sebuah bangunan, polis terpaksa menembak suspek, yang kemudian dibawa ke hospital.

Pilihan raya presiden dan parlimen Taiwan akan diadakan pada 11 Januari dan Parti Kuomintang bekerja keras dalam kempen untuk mencabar parti pimpinan Presiden Tsai Ing-wen, Parti Progresif Demokratik (DPP) yang kini jauh mendahului pemilihan.

Parti Kuomintang mempunyai hubungan yang rapat dengan China, kerana menganggap Taiwan sebahagian daripada wilayah China dan menuntut pulau itu sebagai wilayah keramatnya.

Parti DPP pula, mahu pulau itu ditadbir secara bebas. 

Sumber : Reuters/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan