Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis tahan lelaki, wanita yang menyamar sebagai polis untuk samun mangsa

Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita kerana menyamar sebagai anggota polis dan menyamun seorang lelaki rakyat Bangladesh di Taman Desa Cemerlang.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tahan lelaki, wanita yang menyamar sebagai polis untuk samun mangsa

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 07 Apr 2019 04:37PM Dikemas Kini : 07 Apr 2019 04:40PM

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita kerana menyamar sebagai anggota polis dan menyamun seorang lelaki rakyat Bangladesh di Taman Desa Cemerlang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata lelaki berumur 32 tahun itu ditahan di rumah sewanya di Taman Puteri Wangsa, jam 3.30 petang pada Sabtu (6 Apr) manakala wanita berusia 30 tahun pula ditahan di tepi Jalan Gemilang, Taman Desa Cemerlang, waktu yang sama.

“Penahanan kedua-dua rakyat tempatan itu dilakukan selepas polis menerima aduan daripada lelaki warga Bangladesh tersebut yang mendakwa disamun kedua-dua suspek yang menaiki sebuah motosikal, kira-kira jam 12.30 malam, semalam.

“Mangsa (lelaki warga Bangladesh) yang berusia 24 tahun dan bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang mendakwa ketika itu beliau sedang berjalan kaki di kawasan perumahan berkenaan sebelum ditahan oleh kedua-dua suspek yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis lalu mengarahkannya mengeluarkan passport bagi pemeriksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Supt Ismail berkata suspek lelaki kemudian membawa mangsa ke kawasan taman permainan berhampiran lalu memukul dan melarikan telefon bimbit milik mangsa.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki dan wanita berkenaan merupakan rakan dan pihaknya turut merampas motosikal yang digunakan kedua-dua suspek serta telefon bimbit milik mangsa.

Permohonan untuk perintah reman kedua-duanya dilakukan hari ini bagi membantu siasatan mengikut Kanun Keseksaan kerana menyamun dan menyamar sebagai penjawat awam.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan