Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis tahan lelaki berkopiah putih sembah tokong

Polis menahan seorang lelaki yang didakwa merupakan individu yang menyembah tokong kecil sambil memakai kopiah putih dan kain pelekat, menurut laporan Utusan Online. Rakaman video perbuatan tersebut tular sejak beberapa hari lalu di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tahan lelaki berkopiah putih sembah tokong

Petikan dari rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki berkopiah menyembah tokong. (Gambar: YouTube/Dato' Lokman Noor Bin Adam)

Diterbitkan : 11 Jun 2019 01:01AM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 01:09AM

PARIT BUNTAR: Polis menahan seorang lelaki yang didakwa merupakan individu yang menyembah tokong kecil sambil memakai kopiah putih dan kain pelekat, menurut laporan Utusan Online. Rakaman video perbuatan tersebut tular sejak beberapa hari lalu di media sosial.

Lelaki berusia 43 tahun itu diberkas oleh pasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di pekarangan IPD itu.

Utusan Online melaporkan Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob sebagai berkata, lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung video tersebut yang tular di media sosial seperti Facebook dan YouTube.

Ia memaparkan lelaki berkenaan memegang colok dan melutut, serta menyembah-nyembah tokong tersebut sambil kelakuannya itu dirakam individu lain, lapor Utusan Online.

Superintenden Omar menambah, tiada rampasan dilakukan setakat ini kerana pakaian yang dipakai lelaki dalam video tular itu sudah dibuang oleh seseorang yang tidak dikenali.

Kes terhadap lelaki itu disiasat di bawah Kanun Jenayah atas kesalahan melakukan perkara yang menyebabkan pecah belah, kebencian, atau menjejas keharmonian atas sebab-sebab keagamaan dan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia pada Jumaat (7 Jun), video itu menimbulkan kemaharan banyak pihak sehingga Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) Tanjung Piandang membuat satu laporan polis.

AJK masjid tersebut meminta polis menyiasat motif lelaki tersebut berpakaian sedemikian, yang lazimnya dikaitkan dengan orang Islam, sambil menyembah tokong, lapora BHM lagi.

Menurutnya perbuatan tersebut seolah-olah mempersendakan agama Islam.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan