Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis siasat penganjur perhimpunan di luar Parlimen M'sia

Polis akan memanggil penganjur perhimpunan di luar bangunan Parlimen kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit hari ini (28 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat penganjur perhimpunan di luar Parlimen M'sia

(Gambar: Polis Diraja Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 28 Mar 2018 04:05PM Dikemas Kini : 28 Mar 2018 04:46PM

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil penganjur perhimpunan di luar bangunan Parlimen kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit hari ini (28 Mac).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata polis sudah mengenal pasti individu terbabit dan akan membuka kertas siasatan dalam masa terdekat, menurut laporan Astro Awani.

"Polis akan menjalankan siasatan kerana penganjur melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012," kata beliau.

Lebih 300 peserta hadir dalam perhimpunan yang bermula di Taman Tugu pagi ini sebelum meneruskan perarakan ke Jalan Parlimen.

Perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu diadakan bagi menyerahkan memorandum bantahan berkaitan cadangan persempadanan semula kawasan undi.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada wakil Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pintu pagar Parlimen pada 11:45 pagi oleh Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari, menurut laporan Astro Awani.

"Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan ini. Memang ada sedikit kekecohan, tetapi ia berjaya dikawal oleh anggota polis.

"Kami tempatkan hampir 400 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal keadaan," jelas ACP Shaharuddin. 

Sumber : Bernama/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan