Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis siasat majlis tahnik anak Siti Nurhaliza didakwa langgar sekatan COVID-19

Polis akan memanggil penganjur majlis tahnik anak Siti Nurhaliza Tarudin bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat majlis tahnik anak Siti Nurhaliza didakwa langgar sekatan COVID-19

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 04 May 2021 10:46AM Dikemas Kini : 04 May 2021 10:48AM

AMPANG JAYA: Polis akan memanggil penganjur majlis tahnik anak Siti Nurhaliza Tarudin bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya sudah mengenalpasti penganjur majlis dan akan dipanggil dalam masa terdekat.

"Pada jam 11.24 pagi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya mengesan satu artikel berkaitan ketidakpuasan hati netizen dalam satu majlis yang diadakan oleh seorang selebriti tanah air di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

"Terdapat juga beberapa gambar di dalam artikel menunjukkan kehadiran beberapa individu kenamaan dan penceramah agama terkenal ke majlis berkenaan.

"Susulan itu, IPD Ampang Jaya menerima satu laporan polis berkaitan isu berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (3 Mei).

Menurutnya, siasatan kes sedang dijalankan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa sensitif dan mengutamakan SOP dalam sebarang aktiviti yang dijalankan.

"Polis juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih lagi dalam peringkat siasatan," katanya.

Terdahulu, pengguna media sosial mempersoalkan isu kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi terkemuka tanah air, Siti Nurhaliza.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila individu itu dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tahnik.

Antara yang dapat dilihat di majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal iaitu Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

Warganet mempersoalkan kehadiran Dr Zulkifli dan Encik Azhar Idrus yang dikatakan merentas negeri kerana menetap di luar dari kawasan Selangor mahupun Kuala Lumpur.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan