Images
  • laptop computer dark digital crime
    Gambar hiasan (Gambar: Duy Hoang/Unsplash)

Polis siasat laporan ugut bunuh wartawan

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat aduan seorang wartawan wanita Berita Harian yang mendakwa beliau diugut bunuh menerusi emel baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Arifai Tarawe ketika dihubungi mengesahkan ada menerima aduan daripada wartawan berkenaan pada Ahad (8 Sep).

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Kanun Keseksaan (membuat ugutan jenayah),” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew menuntut supaya polis menjalankan siasatan secepat mungkin terhadap tindakan mengugut bunuh wartawan tersebut.

“NUJ amat prihatin mengenai insiden ini dan akan terus memantau keselamatan wartawan,” katanya.

- BERNAMA/NA/na

Top