Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis siasat ibu selebriti terkenal didakwa hina Sultan Johor

Polis menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram ibu seorang selebriti terkenal yang didakwa mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat ibu selebriti terkenal didakwa hina Sultan Johor

(Gambar fail: Jenny Kane/AP Photo)

Diterbitkan : 31 May 2021 08:55AM Dikemas Kini : 31 May 2021 08:57AM

KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram ibu seorang selebriti terkenal yang didakwa mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menjalankan siasatan selepas ibu selebriti itu, yang berumur 54 tahun, membuat aduan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pada 5.44 petang Ahad (30 Mei).

“Hasil siasatan mendapati seorang wanita berumur 32 tahun mengaku telah tersilap menggunakan Instagram ibu selebriti itu dengan membuat kapsyen berbentuk kritikan di Insta Story akaun Instagram tersebut,” menurut beliau dalam kenyataan malam tadi.

Encik Anuar berkata polis masih menyiasat perkara itu kerana dipercayai sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Pada Sabtu, Instagram milik ibu selebriti itu memaparkan gambar dan berita TV3 dengan visual Sultan Johor bertajuk ‘Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar’ beserta kapsyen berbentuk kritikan.

Ibu selebriti berkenaan bagaimanapun mendakwa seorang pekerjanya menyalahgunakan akaun Instagram miliknya bagi tujuan peribadi sebelum membuat aduan polis pada petang semalam. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan