Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis siasat dakwaan tentang serbuan rumah mantan pemimpin negara

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan ekoran dakwaan serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada Sabtu (12 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat dakwaan tentang serbuan rumah mantan pemimpin negara

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 13 May 2018 07:56AM Dikemas Kini : 13 May 2018 08:06AM

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan ekoran dakwaan serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada Sabtu (12 Mei).

"Bagi polis jalankan siasatan mengenai kesahihan perkara itu. Saya tak mahu komen lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI malam semalam (12 Mei).

Sebuah agensi berita antarabangsa pada Sabtu (12 Mei) mendedahkan pasukan polis melakukan serbuan di kondominium mewah yang didakwa milik seorang mantan pemimpin negara.

Portal itu turut melaporkan serbuan itu dibuat untuk mencari 'dokumen-dokumen bersifat sensitif' yang dikhuatiri dibawa ke luar negara, menurut Astro Awani.

Laporan itu turut memetik polis menyatakan ia bertindak selepas menerima aduan yang mendakwa sebuah kenderaan kerajaan dilihat membawa beberapa buah kotak dipercayai mengandungi bag tangan berjenama dan beberapa barangan lain milik isteri pemimpin tersebut. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan