Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis selamatkan gadis 17 tahun yang diculik, dirogol berulang kali

Polis menyelamatkan seorang remajaperempuan yang menjadi mangsa culik, rogol dan dikurung sekumpulan enam lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Sungai Yan, semalam (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis selamatkan gadis 17 tahun yang diculik, dirogol berulang kali

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 22 Dec 2017 12:58PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 01:11PM

ALOR SETAR: Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa culik, rogol dan dikurung sekumpulan enam lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Sungai Yan, semalam (21 Dis).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Athras Wahid berkata serbuan dilakukan pada 6.00 pagi oleh pasukan khas tempatan setelah menerima maklumat pada Isnin lalu (18 Dis). 

Polis kemudian menahan kesemua enam suspek berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun, termasuk seorang penjenayah yang dikehendaki dalam serbuan di rumah salah seorang daripada suspek berkenaan. 

“Mangsa berusia 17 tahun itu berjaya diselamatkan selepas dikurung di sebuah stor di rumah tersebut selama seminggu. Dalam hasil soal siasat dengan remaja terbabit, dia turut memberitahu bahawa dia dirogol beberapa kali oleh suspek utama.

"Suspek utama berusia 50-an memiliki 33 rekod jenayah lampau dan dikehendaki untuk kes samun, kurungan salah, dadah, memiliki senjata berbahaya dan ugutan jenayah," kata Mior Farid.

Selain itu, polis turut merampas dua kenderaan jenis Proton Perdana dan BMW,  dua motosikal berkuasa tinggi, topi keledar pelbagai jenis, telefon bimbit, televisyen dan monitor serta beberapa unit pembesar suara.

Mior Farid berkata pihaknya akan mendapatkan perintah reman hari ini (22 Dis) di Mahkamah Majistret Sungai Petani.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan