Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis sahkan letupan mercun dekat tempat debat pemilihan presiden Indonesia

Polis Metro Jaya mengesahkan letupan kuat yang berlaku di kawasan tempat letak kenderaan tidak jauh dari Hotel Sultan, tempat berlangsungnya Debat Pemilihan Presiden Indonesia 2019, berpunca daripada letupan mercun.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis sahkan letupan mercun dekat tempat debat pemilihan presiden Indonesia

Gambar fail polis Indonesia. (Gambar: Antara Foto/Muhammad Iqbal/via REUTERS)

Diterbitkan : 18 Feb 2019 11:21AM Dikemas Kini : 18 Feb 2019 11:23AM

JAKARTA: Polis Metro Jaya mengesahkan letupan kuat yang berlaku di kawasan tempat letak kenderaan tidak jauh dari Hotel Sultan, tempat berlangsungnya Debat Pemilihan Presiden Indonesia 2019, berpunca daripada letupan mercun.

Ketua Polis Metro Jaya, Gatot Eddy Pramono dalam satu kenyataan semalam (17 Feb) berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian letupan itu.

"Letupan tersebut berlaku jam 8.15 malam dan polis meminta saksi-saksi yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan," katanya.

Letupan kuat itu menyebabkan ribuan penyokong Encik Joko Widodo yang akan mempertahankan jawatannya pada Pilihanraya Presiden 2019 dan para penyokong seorang lagi calon pilihan raya, Prabowo Subianto yang berkumpul di kawasan itu, bertempiaran melarikan diri.

Pusingan kedua Debat Pililhanraya Presiden yang berlangsung di Hotel Sultan bermula jam 8.00 malam tetap berlangsung sehingga tamat kira-kira jam 10.15 malam.

Pihak polis juga sudah membuka  laluan di kawasan tempat letak kenderaan yang terletak di Stadium Gelora Bung Karno itu.

Debat Pilhanraya Presiden yang dimulakan pada tahun 2004 ketika era pemerintahan Presiden Megawati Soekarnoputri, diteruskan sehingga kini, bagi membolehkan calon-calon presiden menjelaskan visi dan misi mereka.

Debat Pipres 2019 akan berlangsung sebanyak lima pusingan, pusingan pertama berlangsung pada 17 Januari lepas, manakala debat pusingan ketiga pada 17 Mac, keempat (30 Mac) dan kelima (belum ditentukan tarikhnya).

Pililihan Raya Presiden Indonesia akan berlangsung pada 17 April 2019, menampilkan calon Encik Joko Widodo dan Encik Prabowo Subianto yang bakal ditentukan lebih 190 juta pengundi.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan