Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis rempuh masuk kem pelarian Pulau Manus, tangkap 2 dalang

Polis menangkap seorang wartawan Iran dan seorang pelarian yang menjadi dalang para pelarian terus berkubu di sebuah kem pelarian.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2017 08:13PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 10:28PM

PAPUA NEW GUINEA: Polis menangkap seorang wartawan Iran dan seorang pelarian yang menjadi dalang para pelarian terus berkubu di sebuah kem pelarian.

Ini menyusuli rempuhan polis ke dalam kem pelarian di Pulau Manus itu untuk memaksa beratus-ratus tahanan keluar dari kem tersebut.

Mahkamah tinggi Papua New Guinea sudahpun memerintahkan penutupan kem itu pada 31 Oktober lalu dan memutuskan bekalan elektrik dan air.

Lebih 600 pelarian sudah dipindahkan ke pusat-pusat sementara, tetapi baki 400 pelarian enggan berpindah dan menuntut agar mereka dihantar ke negara lain untuk mendapatkan suaka .

Ramai yang tinggal di kem Manus itu selama lebih empat tahun sejak Australia melaksanakan dasar melarang kemasukan pencari suaka yang tiba dengan bot.

Sesetengah pelarian menggunakan media sosial bagi memberikan perkembangan tentang kehidupan mereka di pusat tahanan itu.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan