Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Perancis tangani masalah pendatang, pindahkan 500 dari khemah ke pusat sementara

Polis Perancis memindahkan kira-kira 500 pendatang asing dari khemah-khemah mereka di pusat ibu kota itu sebagai sebahagian daripada usaha pemerintah untuk menangani masalah kemasukan pendatang sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Perancis tangani masalah pendatang, pindahkan 500 dari khemah ke pusat sementara

Khemah-khemah di Perancis. (Gambar fail: PHILIPPE WOJAZER/REUTERS)

Diterbitkan : 04 Jun 2018 08:40PM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 08:44PM

PARIS: Polis Perancis memindahkan kira-kira 500 pendatang asing dari khemah-khemah mereka di pusat ibu kota itu sebagai sebahagian daripada usaha pemerintah untuk menangani masalah kemasukan pendatang sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Operasi terbaru itu bermula subuh semalam (3 Jun) dan para pendatang berkenaan, kebanyakannya dari Afghanistan, dibawa ke tempat-tempat tinggal sementara di mana mereka boleh membuat permohonan bagi mendapatkan suaka.

Minggu lalu, pihak berkuasa memindahkan sekitar 1,000 pendatang asing dari sebuah khemah yang terletak di bahagian timur laut Paris.

Sebahagian pendatang menentang gerakan memindahkan mereka dari khemah-khemah seperti itu. Apatah lagi kebanyakan mereka tidak boleh bertutur bahasa Inggeris atau Perancis.

Sepanjang tempoh tiga tahun lalu, polis Perancis sudah memindahkan 28,000 pendatang dari khemah-khemah seperti itu di Paris.

Sumber : Reuters/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan