Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Perancis buru suspek 'serangan' bom di Lyon

Polis Perancis pada Sabtu (25 Mei) memburu seorang suspek ekoran letupan di laluan pejalan kaki di tengah-tengah bandar Lyon yang mencederakan lebih 12 orang, dua hari sebelum pilihan raya Parlimen Eropah yang sedang hangat dipertandingkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Perancis buru suspek 'serangan' bom di Lyon

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 May 2019 10:37AM Dikemas Kini : 25 May 2019 10:41AM

LYON: Polis Perancis pada Sabtu (25 Mei) memburu seorang suspek ekoran letupan di laluan pejalan kaki di tengah-tengah bandar Lyon yang mencederakan lebih 12 orang, dua hari sebelum pilihan raya Parlimen Eropah yang sedang hangat dipertandingkan.

Presiden Emmanuel Macron menyifatkan letupan yang berlaku pada Jumaat, yang melibatkan sebuah pakej yang dipasang dengan bahan letupan, sebagai satu "serangan" dan mengerahkan Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner, ke Lyon.

Polis merayu kepada para saksi melalui Twitter sedang suspek terus diburu. Suspek dipercayai seorang lelaki berusia awal 30-an tahun yang dirakam kamera keselamatan sedang mengayuh basikal di kawasan itu sejurus sebelum letupan berlaku.

Imej lelaki itu yang memakai seluar pendek berwarna terang dan baju gelap berlengan panjang turut dimuat naik. Suspek disifatkan sebagai "berbahaya".

Menteri Undang-Undang Nicole Belloubet memberitahu saluran TV BFM bahawa adalah terlalu awal untuk merumuskan sama ada letupan itu adalah "perbuatan pengganas".

Seramai 13 orang mangsa cedera, dengan 11 daripada mereka dibawa ke hospital. Mujur tiada kecederaan yang membahayakan nyawa.

Para mangsa termasuk lapan orang wanita, seorang budak perempuan 10 tahun dan empat lelaki.

Sumber polis berkata pakej tersebut mengandungi "skru atau bolt" dan diletakkan di hadapan kedai roti di sudut yang sibuk antara dua laluan popular pada sekitar 5.30 petang waktu tempatan pada Jumaat.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan