Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Perak tahan Exco didakwa rogol pembantu rumah

Polis menahan seorang Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang dikaitkan dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Perak tahan Exco didakwa rogol pembantu rumah

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 10 Jul 2019 10:06AM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 10:09AM

IPOH: Polis menahan seorang Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang dikaitkan dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya.

Ketua Polis Perak Encik Razarudin Husain Abd Rasid berkata anggota Exco berkenaan ditahan semalam (9 Jul) bagi membantu siasatan lanjut.

"Untuk siasatan polis yang adil, kita sudah menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan kita," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini (10 Jul).

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkaitan pemberkasan itu dan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Semalam, pihak media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, membuat aduan polis di Balai Jelapang Isnin lepas, mendakwa dirogol anggota Exco berkenaan di rumahnya, dan kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan