Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis New Zealand siasat ancaman bom palsu di lapangan terbang Dunedin

Polis New Zealand melancarkan satu siasatan hari ini (18 Mac) berhubung ancaman bom palsu yang menyebabkan sebuah lapangan terbang di Dunedin terpaksa ditutup selama beberapa jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis New Zealand siasat ancaman bom palsu di lapangan terbang Dunedin

Para pegawai polis di Christchurch, New Zealand. (Gambar: Anthony Wallace/AFP)

Diterbitkan : 18 Mar 2019 09:31PM Dikemas Kini : 18 Mar 2019 09:33PM

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand melancarkan satu siasatan hari ini (18 Mac) berhubung ancaman bom palsu yang menyebabkan sebuah lapangan terbang di Dunedin terpaksa ditutup selama beberapa jam.

Dunedin adalah bandar tempat kediaman penyerang masjid Christchurch.

Menurut polis, seorang individu memanjat pagar di kawasan lapangan terbang itu pada Ahad (17 Mac), waktu tengah hari dan meninggalkan sebuah beg komputer riba berwarna hitam serta sekeping nota di kawasan yang digunakan oleh orang ramai untuk melihat pesawat mendarat dan berlepas.

Selepas bungkusan dan nota itu ditemui, jalan-jalan raya menghala ke lapangan terbang berkenaan ditutup. Sebuah pesawat Air New Zealand dari Wellington juga terpaksa berlegar-legar di ruang udara bandar tersebut selama sejam sebelum ia berpatah balik ke Wellington.

Sebuah pasukan Angkatan Pertahanan New Zealand dikerahkan bagi memusnahkan objek tersebut. Lapangan terbang itu bagaimanapun ditutup sehingga awal pagi tadi (18 Mac).

Insiden tersebut berlaku hanya 48 jam selepas penduduk Dunedin, Brenton Tarrant, didakwa membunuh seramai 50 orang dalam serangan yang dilancarkan ke atas dua masjid di Christchurch.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan