Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis nafi keluar amaran ISIS suntik virus HIV

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menafikan ibu pejabat polis Bukit Aman ada mengeluarkan amaran tentang perbuatan pengganas Daesh ataupun juga dikenali sebagai ISIS menyuntik virus HIV pada tubuh orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis nafi keluar amaran ISIS suntik virus HIV

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim meminta orang ramai supaya berhati-hati sekiranya dikunjungi individu tidak dikenali ketika berada di rumah. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Dec 2017 09:13AM Dikemas Kini : 18 Dec 2017 09:17AM

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menafikan ibu pejabat polis Bukit Aman ada mengeluarkan amaran tentang perbuatan pengganas Daesh ataupun juga dikenali sebagai ISIS menyuntik virus HIV pada tubuh orang ramai.

Ia kononnya dilakukan dengan mereka menyamar sebagai wakil dari kolej perubatan yang melakukan ujian gula dalam darah secara percuma.

“Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan mesej sedemikian … saya harap orang ramai tidak percaya dengan mesej itu,” kata Tan Sri Noor Rashid ketika dihubungi semalam (17 Dis) berhubung mesej yang viral di laman sosial seperti WhatsApp itu.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai supaya berhati-hati sekiranya dikunjungi individu tidak dikenali ketika berada di rumah bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah samun, penipuan dan sebagainya.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan