Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis minta pengundi, penyokong parti politik mengundi secara berdisiplin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua pengundi dan penyokong parti politik agar mengundi secara berdisiplin serta tidak mencetuskan sebarang provokasi semasa hari pengundian esok.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis minta pengundi, penyokong parti politik mengundi secara berdisiplin

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 08 May 2018 10:59PM Dikemas Kini : 08 May 2018 11:10PM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua pengundi dan penyokong parti politik agar mengundi secara berdisiplin serta tidak mencetuskan sebarang provokasi semasa hari pengundian esok (9 Mei).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata PDRM akan memantau situasi seluruh proses pengundian, penjumlahan undi dan pengumuman  keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga selesai.

Beliau meminta kepada semua pihak agar mematuhi nasihat polis termasuk ketua polis negeri dan ketua polis daerah yang bertanggungjawab di kawasan masing-masing.

“Selain itu, saya juga menasihatkan kepada pengundi agar keluar awal untuk mengundi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di pusat-pusat mengundi yang ditetapkan.

“Mengenai tahap keselamatan, pengundi tidak perlu bimbang kerana di tempat mengundi ada polis yang ditugaskan mengawal keselamatan termasuk lalu lintas,” katanya kepada Bernama hari ini (8 Mei).

Datuk Seri Zulkifli berkata pihaknya mempunyai pegawai dan anggota yang mencukupi di setiap pusat mengundi, penjumlahan undi dan keputusan pengundian.

“Setakat ini saya tidak melihat sebarang masalah dan mengharapkan kerjasama semua pihak ketika proses mengundi sedang berlangsung,” katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab menugaskan sebanyak 10,939 pegawai dan anggota petugas bantuan sumber manusia PDRM untuk melapor diri di 13 kontinjen seluruh negara sempena PRU14.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan