Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Malaysia temui tengkorak dan cebisan rambut kanak-kanak yang dilapor hilang

Polis Malaysia menemui tengkorak dan sedikit cebisan rambut Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3 tahun, seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang oleh ibu kandungnya pada hari Ahad lepas (3 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Malaysia temui tengkorak dan cebisan rambut kanak-kanak yang dilapor hilang

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)

Diterbitkan : 07 Mar 2019 12:10AM Dikemas Kini : 07 Mar 2019 12:15AM

LANGKAWI: Polis Malaysia menemui tengkorak dan sedikit cebisan rambut Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3 tahun, seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang oleh ibu kandungnya pada hari Ahad lepas (3 Mac).

Tengkorak dan cebisan mayat kanak-kanak yang dipercayai dibunuh itu ditemui hari ini (6 Mac) dalam sebuah gaung di Gunung Raya yang terletak kira-kira sembilan meter dari sebuah jalan raya.

Pihak polis dimaklumkan tentang tempat mayat itu oleh seorang lelaki berusia 37 tahun yang ditahan berkaitan kes kehilangan kanak-kanak perempuan itu.

Ketua Polis Daerah Langkawi Mohd Iqbal Ibrahim berkata: “Tiada bahagian anggota lain ditemukan, berkemungkinan dimakan atau dibawa lari binatang buas, atau dipercayai telah mereput.

Hasil soal siasat mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia sejak 16 Februari lepas. Mayat lengkap memang tak ada dah, cuma tinggal bahagian kepala sahaja."

Menurut Encik Iqbal, kanak-kanak itu berada di dalam jagaan lelaki yang ditahan itu dan isterinya ketika ibunya, Cik Rosmaliah Samo, mendapatinya hilang.

Cik Rosmaliah diberitahu pasangan itu bahawa anaknya itu telah diserahkan kepada pihak ketika untuk dijaga.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan memburu pasangan berusia 37 dan 40 tahun itu dan mereka ditahan di Ampang, Kuala Lumpur petang semalam sebelum dibawa ke Langkawi pagi ini untuk siasatan.

“Pasangan itu memberitahu bahawa ketika pertengkaran, suspek lelaki itu bertindak luar jangka. Dalam situasi nak pujuk kanak-kanak itu, dia telah tepuk beberapa kali kanak-kanak itu dan seterusnya (kanak-kanak itu) tidak sedarkan diri.

"Suspek lelaki seterusnya membawa mayat kanak-kanak itu ke kaki Gunung Raya ini untuk dibuang. Suspek memberitahu dia memasukkan mayat kanak-kanak itu di dalam sebuah beg kemudian dibawa menggunakan kereta ke lokasi ini sebelum dikeluarkan dan diletakkan di dalam gaung kira-kira sembilan meter dari kedudukan jalan raya,” kata Encik Iqbal.

Beliau berkata ibu kanak-kanak itu, seorang warga Indonesia, akan dipanggil untuk menjalani ujian DNA.

Sumber : Bernama/IL/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan