Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Makkah berkas 2 lelaki kerana bakar kereta milik seorang wanita Arab

Sebuah kereta yang dimiliki seorang wanita Arab Saudi dibakar di sebuah kampung di Makkah, dipercayai perbuatan lelaki-lelaki yang menentang wanita memandu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Makkah berkas 2 lelaki kerana bakar kereta milik seorang wanita Arab

(Gambar: Saudigazette)

Diterbitkan : 05 Jul 2018 04:19PM Dikemas Kini : 05 Jul 2018 06:33PM

MAKKAH: Sebuah kereta yang dimiliki seorang wanita Arab Saudi dibakar di sebuah kampung di Makkah, dipercayai perbuatan lelaki-lelaki yang menentang wanita memandu. Kejadian itu dilaporkan pada Selasa (3 Jul), seminggu selepas kaum wanita dibenarkan memandu buat pertama kali dalam sejarah Arab Saudi.

Seorang jurucakap Polis Makkah mengatakan bahawa mereka menerima aduan bahawa kereta itu menjadi sasaran percubaan membakar di kampung Al Samd. Ini menurut portal berita Saudi, Sabq.

"Kebakaran itu dipadamkan dan kejadian itu sedang disiasat oleh agensi keselamatan," kata pegawai tersebut tanpa memberikan butiran lanjut.

Pemilik kereta tersebut memuat naikkan rakaman video kenderaan yang dibakar itu dan menuduh lelaki tempatan terlibat dalam kejadian itu, tetapi tidak mendedahkan sebarang nama. "Para belia kampung membakar kereta saya kerana mereka menentang kaum wanita memandu," kata wanita itu yang menangis dalam video tersebut.

Wanita itu, yang memberikan namanya sebagai Salma Al Sharif, merayu bantuan daripada Raja Salman Bin Abdul Aziz dan Putera Mahkota Mohammad.

Keputusan untuk membolehkan wanita memandu adalah sebahagian daripada pembaharuan sosial dan ekonomi meluas yang diseru oleh pewaris takhta Arab Saudi.

Pada 24 Jun, para wanita di Arab Saudi dibenarkan memandu untuk kali pertama, beberapa bulan setelah raja Saudi memberikan kebenaran kepada kaum wanita Arab Saudi memandu.

Pihak konservatif menganggap wanita yang memandu tidak bermoral dan bercanggah dengan Islam.

Individu-individu yang ditangkap adalah dua penduduk kawasan itu. Salah seorang daripada mereka membeli petrol dari stesen minyak berhampiran. Dia kemudian menghubungi seorang lagi untuk membantunya melakukan perbuatan tersebut. 

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan