Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia tingkatkan kawalan di sempadan Thai sempena Aidilfitri

Polis akan meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Kelantan dalam usaha untuk mengekang penyeludupan barangan terlarang terutama dadah, senjata api dan mercun, menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia tingkatkan kawalan di sempadan Thai sempena Aidilfitri

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 24 May 2019 11:56AM Dikemas Kini : 24 May 2019 11:58AM

PASIR MAS: Polis akan meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Kelantan dalam usaha untuk mengekang penyeludupan barangan terlarang terutama dadah, senjata api dan mercun, menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibupejabat Polis Bukit Aman Acryl Sani Abdullah Sani berkata pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Polis Marin diberi arahan supaya meningkatkan kawalan di sempadan terutama sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

"Yang mustahaknya kita beri penekanan terhadap penyeludupan mercun kerana kita pun sedia maklum benda ini berbahaya kepada semua pihak selain ia juga tak beri sebarang faedah.

"Justeru saya dan Ketua Polis Kelantan (Hasanuddin Hassan) ada berpesan kepada pegawai dan anggota di sini untuk memberi fokus kepada barangan terlarang tadi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih bersama pegawai dan anggota PGA Batalion 9 di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol yang turut dihadiri Encik Hasanuddin dan Komander Briged Tenggara PGA 9 SAC Khaled Che Lah.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan