Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia terima 4 aduan Kertas Pandora

 Polis menerima empat aduan berkaitan pendedahan Kertas Pandora dengan dua kertas siasatan dibuka berhubung perkara itu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia terima 4 aduan Kertas Pandora

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2021 09:55PM Dikemas Kini : 16 Oct 2021 09:57PM

KUALA LUMPUR: Polis menerima empat aduan berkaitan pendedahan Kertas Pandora dengan dua kertas siasatan dibuka berhubung perkara itu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan.

Beliau berkata satu daripada kertas siasatan itu dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Oktober manakala satu lagi akan dirujuk kepada BNM pada Isnin (18 Okt) untuk siasatan lanjut.

"Polis turut melakukan rakaman percakapan pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini (16 Okt).

Encik Abd Jalil berkata dua lagi aduan yang diterima digolongkan sebagai tiada tindakan lanjut kerana ia berkaitan aktiviti penyerahan memorandum yang menggesa siasatan dilakukan.

Kertas Pandora adalah pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan mewah dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan mereka dengan menggunakan perkhidmatan ‘offshore’ atau syarikat berpangkalan di luar negara.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Kertas Pandora. 

Pada Isnin lalu (11 Okt), Menteri Kewangan Zafrul Tengku Abdul Aziz pula dilaporkan berkata BNM sedia bekerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang untuk memantau dan menyiasat dokumen terkandung dalam Kertas Pandora yang membabitkan individu di Malaysia.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan