Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia tahan 9 lelaki selepas seorang maut ditetak ekoran pergaduhan

Seorang lelaki maut ditetak selepas dipercayai bertindak menunjukkan kemaluannya kepada isteri orang dalam satu kejadian pergaduhan di Taman Pengkalan Indah, Alor Gajah, Ahad lalu (13 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia tahan 9 lelaki selepas seorang maut ditetak ekoran pergaduhan

Gambar hiasan. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 15 Sep 2020 11:15AM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 11:16AM

ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut ditetak selepas dipercayai bertindak menunjukkan kemaluannya kepada isteri orang dalam satu kejadian pergaduhan di Taman Pengkalan Indah, Alor Gajah, Ahad lalu (13 Sep).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata sebelum insiden, mangsa - seorang pemandu lori yang berusia 25 tahun dan sudah berkahwin itu - bersama rakannya telah menimbulkan kekacauan serta membuat bising di hadapan sebuah rumah pada kira-kira 9.00 malam.

“Hasil siasatan, kedua-duanya beredar sebelum muncul kembali selang beberapa minit sehingga berlaku pertengkaran mulut dengan dua penghuni lelaki di rumah itu. Mangsa dan rakannya bertindak membaling topi keledar serta parang di dalam pekarangan rumah itu.

“Mangsa kemudian bertindak membuka seluar dan menunjuk kemaluannya kepada isteri salah seorang penghuni rumah yang turut berada di lokasi kejadian,” kata Mohd Nor Yhazid.

Menurut beliau, perbuatan itu menyebabkan pergaduhan berlarutan sehingga melibatkan penggunaan parang dan berlaku kejar mengejar sejauh kira-kira 80 meter antara lelaki-lelaki berkenaan sebelum mangsa ditetak beberapa kali di bahagian badan, manakala rakannya sempat melarikan diri.

Mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat pada kira-kira 11.00 malam.

Mohd Nor Yhazid menambah susulan itu, polis menahan sembilan lelaki berumur antara 20 hingga 50 tahun di sekitar Alor Gajah bagi membantu siasatan. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan