Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia tahan 4 suspek geng samun menerusi wechat

Polis menahan tiga wanita dan seorang lelaki yang merupakan geng samun berkumpulan, dalam beberapa serbuan di Pulau Pinang pada Jumaat (30 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia tahan 4 suspek geng samun menerusi wechat

Gambar fail polis Malaysia. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 01 Dec 2018 12:23PM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 12:26PM

BUTTERWORTH: Polis menahan tiga wanita dan seorang lelaki yang merupakan geng samun berkumpulan, dalam beberapa serbuan di Pulau Pinang pada Jumaat (30 Nov).

Mereka menyasar si mangsa yang dikenali menerusi laman sosial wechat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata suspek termasuk pasangan kekasih berusia antara 19 dengan 29 tahun yang ditahan secara berasingan di dua lokasi berbeza bermula jam 1.30 pagi semalam (30 Nov).

"Berdasarkan siasatan, mereka terlibat dalam kejadian samun berkumpulan terhadap seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Bagan Ajam, pada jam 9.30 malam pada Selasa lepas (27 Nov).

"Dalam kejadian itu, mangsa mengenali seorang daripada wanita berkenaan menerusi wechat dan mereka berjumpa di rumah lelaki tersebut sebelum suspek menghubungi rakan-rakannya serta menyamun dengan mengacukan sebilah parang ke leher mangsa," katanya hari ini (1 Dis).

Beliau berkata mereka merampas barang-barang peribadi milik lelaki itu selain turut memaksanya memindahkan wang melalui transaksi atas talian di telefon bimbit mangsa.

Encik Noorzainy berkata mangsa kemudiannya dibawa keluar dari rumahnya dan ditinggalkan dalam keadaan diikat di kawasan rumah flat di Bagan Ajam iaitu tidak jauh daripada pangsapuri lelaki itu sebelum beliau diselamatkan orang ramai dan seterusnya membuat aduan polis.

Katanya mangsa tidak mengalami kecederaan namun kerugian lebih RM10,000 (S$3,300) selepas kad bank miliknya berserta nombor pin turut diambil kumpulan itu dan mereka turut melakukan pengeluaran dari sebuah bank.

"Berikutan penahanan mereka, polis merampas empat telefon bimbit pelbagai jenama, beg tangan, dua utas jam tangan pelbagai jenama, barangan kemas dan wang tunai dipercayai hasil kegiatan samun geng itu," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi barangan kemas hasil samun yang sudah digadai geng itu dan mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan itu sejak beberapa bulan lepas.

Semua suspek yang tidak bekerja itu positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah kini direman untuk siasatan lanjut, katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan