Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia selamatkan lebih 800 mangsa dagang manusia

Seramai 829 orang dipercayai mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan dalam 190 serbuan polis di seluruh Malaysia dalam tempoh Januari tahun lalu hingga Mei tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia selamatkan lebih 800 mangsa dagang manusia

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 19 Jul 2021 09:25AM Dikemas Kini : 19 Jul 2021 09:28AM

KUALA LUMPUR: Seramai 829 orang dipercayai mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan dalam 190 serbuan polis di seluruh Malaysia dalam tempoh Januari tahun lalu hingga Mei tahun ini.

Para mangsa juga diberi Perintah Perlindungan Sementara (IPO).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata daripada jumlah itu, 74 orang telah mendapat Perintah Perlindungan (PO) tahun lalu manakala 65 orang memperolehnya dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. 

“Sebanyak 599 orang diselamatkan hasil 146 serbuan tahun lalu manakala 230 orang diselamatkan dalam 44 serbuan dari Januari hingga Mei tahun ini.

“243 orang ditahan kerana disyaki terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia sepanjang tahun lalu manakala 110 orang ditahan tahun ini,” kata beliau.

Tambahnya, jenayah pemerdagangan manusia adalah jenayah rentas sempadan yang menjadi isu global dan polis serius dalam membanteras jenayah itu.

"Antaranya bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan yang banyak membantu dalam penyaluran maklumat dan mewujudkan kesedaran awam berhubung jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.

"(Selain itu), pelbagai program tahunan termasuk kursus, latihan dalam perkhidmatan, seminar dan bengkel dijalankan sama ada anjuran dalaman atau kerjasama dengan agensi atau pertubuhan luar," kata beliau.

Encik Abd Jalil berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan manusia terutamanya buruh paksa dengan tindakan yang berterusan. 

"Merujuk kepada statistik sepanjang tahun lepas, PDRM menjalankan 62 serbuan terhadap jenayah eksploitasi buruh paksa dan bagi tahun ini sehingga bulan Mei, sebanyak 25 serbuan dijalankan. Kebanyakan mangsa adalah rakyat Indonesia, Filipina dan India," kata beliau.  

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan