Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia selamatkan 14 mangsa eksploitasi seks di Johor

Bahagian Antiperdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (D7C) Bukit Aman menyelamatkan 14 wanita warga asing mangsa eksploitasi seks dalam dua serbuan berasingan di Johor, semalam (18 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia selamatkan 14 mangsa eksploitasi seks di Johor

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 19 Feb 2019 10:42AM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 10:45AM

KUALA LUMPUR: Bahagian Antiperdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (D7C) Bukit Aman menyelamatkan 14 wanita warga asing mangsa eksploitasi seks dalam dua serbuan berasingan di Johor, semalam (18 Feb).

Ketua Penolong Pengarah D7C, Encik Maszely Minhad berkata kesemua wanita berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an itu diselamatkan dalam Ops Pintas.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menahan 10 individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan.

Dalam operasi pertama jam 11.45 malam semalam di kawasan pembinaan Jalan Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor, pihaknya menyelamatkan dua wanita warga Indonesia dan 11 wanita Vietnam serta menahan pemilik premis, seorang lelaki tempatan dan dua pekerja, seorang warga tempatan dan seorang warga Kemboja.

“Selain itu, lima pelanggan iaitu dua lelaki Indonesia dan tiga lelaki warga Bangladesh turut ditahan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini (19 Feb).

Polis turut merampas wang tunai RM28,050 (S$9,300) disyaki wang hasil perniagaan, dua telefon bimbit, 107 keping kondom dan satu buku yang disyaki mengandungi catatan kutipan harian, katanya.

Dalam serbuan kedua pada jam 12.50 tengah malam, katanya, polis menyelamatkan seorang wanita warga Vietnam dan menahan seorang lelaki dan wanita warga tempatan di sebuah rumah di Taman Seri Tebrau, Johor Bahru.

Menurut Encik Maszely Minhad, polis merampas wang tunai RM5,000 (S$1,700) dan sebuah telefon bimbit. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan