Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia buru pemilik 2 akaun lucah kanak-kanak bawah umur di Instagram

Polis sedang mencari pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’, yang disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia buru pemilik 2 akaun lucah kanak-kanak bawah umur di Instagram

(Gambar fail: Jenny Kane/AP Photo)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 01:01PM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 01:04PM

KUALA LUMPUR: Polis sedang mencari pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’, yang disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima aduan polis daripada seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang melihat pautan Instagram secara langsung di atas penama kedua-dua mereka yang berpakaian secara menjolok mata.

Selain itu, beliau berkata, kedua-dua hos berkenaan juga menunjukkan aksi penggunaan vape kepada kanak-kanak terbabit.

“Sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat berkenaan kejadian atau suspek, boleh menghubungi mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat kes.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan malam tadi (9 Jun).

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan