Images
  • handcuff (1)
    Gambar hiasan.

Polis M'sia berjaya berkas suspek pecah masuk tempat karaoke di Selegie Road

MALAYSIA: Seorang lelaki berusia 25 tahun diberkas pada Khamis (10 Jan) di Malaysia, enam hari selepas dia didakwa memecah masuk sebuah tempat karaoke di Selegie Road.

Dalam satu kenyataan media semalam, polis menyatakan pihaknya menerima aduan mengenai insiden pecah masuk pada 4 Januari, jam 7.30 malam.

Premis berkenaan digeledah dan wang tunai lebih S$187,000 dicuri.

Suspek diberkas di Malaysia pada Khamis lalu oleh polis Malaysia dan Mediacorp difahamkan bahawa penangkapan itu dibuat di Sabah.

Polis menyatakan, suspek itu kemudian diserahkan kepada pihak Singapura semalam (11 Jan).

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah atas kesalahan memecah masuk dan mencuri pada waktu malam.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara antara dua hingga 14 tahun serta denda.

Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis Chong Zunjie melahirkan penghargaan kepada polis Malaysia atas sokongan padu mereka dengan berkata, penangkapan itu tidak mungkin boleh dilakukan tanpa kerjasama rapat dan hubungan erat antara kedua-dua pasukan polis.

- CNA/NA/na

Top