Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia anjur kursus tingkat kemahiran bahasa Inggeris

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan kursus komunikasi profesional bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris pegawai dan anggota PDRM di kesemua 14 institusi PDRM di seluruh negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia anjur kursus tingkat kemahiran bahasa Inggeris

Para pegawai polis beratur untuk menyerahkan undi mereka pada Mei lalu. (Gambar: Manan Vatsyayana/ AFP)

Diterbitkan : 14 Aug 2018 04:59PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 05:01PM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan kursus komunikasi profesional bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris pegawai dan anggota PDRM di kesemua 14 institusi PDRM di seluruh negara.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata ia juga keperluan bagi menjadikan PDRM sebuah pasukan polis bertaraf dunia dan selaras dengan hasrat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mahu melihat rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris.

“Pada ketika ini pun kita sudah meminta pegawai kanan memberi taklimat dalam bahasa Inggeris supaya menjadi contoh kepada anggota lain,” kata Encik Fuzi.

Beliau berkata kemahiran berbahasa Inggeris yang baik pastinya akan membantu meningkatkan imej dan tahap profesionalisme PDRM dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Seramai 30 Ketua Polis Daerah dan pegawai kanan menyertai kursus lima hari yang bermula pada hari ini (14 Ogos).

Ketika ditanya mengenai kemungkinan PDRM menetapkan tahap kefasihan tertentu berbahasa Inggeris bagi kemasukan baru pada masa hadapan, Encik Mohamad Fuzi berkata perkara itu adalah di luar bidang kuasanya dan dikendalikan pihak lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta melibatkan dasar kerajaan.

Beliau berkata PDRM memiliki tenaga pengajar yang mencukupi bagi menganjurkan kursus bahasa Inggeris buat anggotanya di semua institusi latihan PDRM di seluruh negara.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan