Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis kenal pasti tempat tinggal mangsa yang dikerat tubuhnya

Polis berjaya mengesan alamat yang dipercayai tempat tinggal wanita yang dikerat enam dan ditemui dalam dua beg pakaian di tepi jambatan Jalan Ipoh di Sungai Gombak di sini, pada 5 Julai lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis kenal pasti tempat tinggal mangsa yang dikerat tubuhnya

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Jul 2018 07:16PM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 07:24PM

KUALA LUMPUR: Polis berjaya mengesan alamat yang dipercayai tempat tinggal wanita yang dikerat enam dan ditemui dalam dua beg pakaian di tepi jambatan Jalan Ipoh di Sungai Gombak di sini, pada 5 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata alamat mangsa dikesan semalam dan butiran diri mangsa sudah diperolehi, namun siasatan masih dijalankan bagi memperolehi maklumat berkaitan pengesahan identiti mangsa.

"Beberapa barang kes telah diambil dari tempat kejadian yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Kanan ASP Faizal bin Abdullah di talian 012-4834439 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi DSP M. Gunalan di talian 019-3114418.

Kira-kira 11.30 pagi minggu lalu, mangsa yang disyaki dibunuh dan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun itu dipercayai beragama Islam dan bukan rakyat Malaysia, ditemui seorang gelandangan wanita yang tinggal berhampiran.

Aduan polis kemudian dibuat di Balai Polis Komuniti Putra Chow Kit berhubung penemuan beg pakaian yang mencurigakan itu.

Menyusuli aduan itu, polis menemui anggota manusia yang dibungkus dua lapisan plastik hitam dan satu lapisan kain cadar daripada dua beg pakaian pada jarak berasingan kira-kira 20.6 meter.

Sumber : Bernama/KN/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan