Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis kenal pasti individu dakwa hakim kes Najib 'cucu saudara' Mahathir

Polis Malaysia sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter yang mendakwa hakim kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Najib Razak, kononnya ada pertalian persaudaraan dengan Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis kenal pasti individu dakwa hakim kes Najib 'cucu saudara' Mahathir

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 09:46PM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 09:54PM

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter yang mendakwa hakim kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Najib Razak, kononnya ada pertalian persaudaraan dengan Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata individu itu akan dipanggil minggu depan bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.

“Kita sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter itu dan akan dipanggil minggu depan untuk rakam percakapan,” katanya kepada Bernama pada Jumaat (31 Jul).

Beliau berkata siasatan dijalankan selepas satu aduan polis diterima di Taiping, Perak semalam dan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kes itu mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, media melaporkan bahawa seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohd Afzanizam Abdul Rahman membuat aduan polis di Taiping berhubung satu ciapan oleh Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao di akaun Twitter.

Pada Selasa lalu, Ramesh mendakwa Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan Najib dengan tujuh kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram adalah cucu saudara Dr Mahathir.

Menerusi akaun Twitternya, Mukhriz Mahathir yang juga anak Ahli Parlimen Langkawi itu menafikan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai tidak berasas serta meminta Peguam Negara supaya menyiasat tohmahan berkenaan.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan