Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis kenal pasti 29 individu berkait perhimpunan 'Keluar dan #Lawan'

Seramai 29 individu dikenal pasti dan akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu dalam siasatan berhubung penganjuran Perhimpunan 'Keluar dan #Lawan’ di ibu negara Kuala Lumpur semalam (31 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis kenal pasti 29 individu berkait perhimpunan 'Keluar dan #Lawan'

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 01 Aug 2021 03:36PM Dikemas Kini : 01 Aug 2021 03:40PM

KUALA LUMPUR: Seramai 29 individu dikenal pasti dan akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu dalam siasatan berhubung penganjuran Perhimpunan 'Keluar dan #Lawan’ di ibu negara Kuala Lumpur semalam (31 Jul).

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata kesemua individu yang terlibat diminta memberikan kerjasama dalam siasatan berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata ketika ini, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa individu lain melalui rakaman video dan gambar.

“Selain itu, polis juga menerima lebih 20 laporan polis berhubung perhimpunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini (1 Ogos).

Encik Acryl Sani berkata penganjur dan peserta perhimpunan itu secara jelas telah melanggar syarat-syarat prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 yang sedang berkuat kuasa.

"Polis sebelum ini telah beberapa kali memberi peringatan supaya semua pihak mematuhi SOP PPN demi keselamatan orang ramai,” ujarnya.

Menurut Encik Acryl Sani, pihaknya menyatakan pendirian bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang sengaja melanggar SOP.

“Sikap penganjur dan peserta yang berdegil untuk mengadakan perhimpunan walaupun telah diberikan nasihat agar mengutamakan keselamatan kesihatan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab terutama dalam situasi penularan wabak COVID-19 ini.

"Polis telah memulakan siasatan ke atas penganjur dan peserta perhimpunan berkenaan di bawah peruntukan Akta 342 dan akta-akta lain yang relevan," tambahnya. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan