Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Kelantan tidak akan keluarkan permit ceramah bagi Dr Zakir Naik

Polis Kelantan tidak akan mengeluarkan sebarang permit kepada mana-mana individu atau pertubuhan yang berhajat membawa penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik bagi menyampaikan ceramah.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Kelantan tidak akan keluarkan permit ceramah bagi Dr Zakir Naik

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 20 Aug 2019 05:54PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 05:57PM

KOTA BHARU: Polis Kelantan tidak akan mengeluarkan sebarang permit kepada mana-mana individu atau pertubuhan yang berhajat membawa penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik bagi menyampaikan ceramah.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Mohamad Piah berkata, polis tidak akan membenarkan perkara itu (ceramah) di hadapan umum dan sehubungan itu mulai sekarang sebarang permit tidak akan dikeluarkan.

Beliau berkata tindakan itu diambil atas faktor keselamatan tetapi beliau (Zakir) boleh datang ke Kelantan dan bebas ke mana-mana sahaja.

"Kita tidak boleh menyekat sekiranya beliau datang ke sini tetapi sebagaimana yang kita maklumkan, beliau tidak boleh menyampaikan ceramah di khalayak umum.

"Tindakan ini diambil adalah atas faktor keselamatan menyusuli beberapa isu yang timbul daripada ceramah yang disampaikan beliau sebelum ini," katanya ketika dihubungi, hari ini (20 Ogos).

Difahamkan, selain Kelantan ada beberapa lagi negeri seperti Kedah, Perlis dan Terengganu yang mengharamkan Dr Zakir menyampaikan ceramah disebabkan beberapa aduan polis yang dibuat terhadapnya.

Sebelum ini dalam ceramahnya di Kota Bharu, Dr Zakir dilaporkan membuat perbandingan agama yang menimbulkan kontroversi. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan