Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Kelantan nasihati penduduk siap siaga gelombang kedua banjir

Penduduk negeri Kelantan yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir, dijangka berlaku pada 25 dan 26 Disember ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Kelantan nasihati penduduk siap siaga gelombang kedua banjir

Budak-budak bermain air di luar sebuah pusat perlindungan sementara di Kelantan pada Dis 2019 (Gambar: D Kanyakumari)

Diterbitkan : 10 Dec 2019 08:55AM Dikemas Kini : 10 Dec 2019 08:57AM

KOTA BHARU: Penduduk negeri Kelantan yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir, dijangka berlaku pada 25 dan 26 Disember ini.

Ketua Polis Kelantan Hasanuddin Hassan berkata walaupun gelombang pertama banjir sudah berakhir dan pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup pada Isnin (9 Dis), namun masyarakat perlu terus berwaspada kerana musim tengkujuh belum berakhir.

"Kita mahu menasihatkan orang ramai terutamanya yang mempunyai anak kecil, warga emas serta ibu mengandung di rumah agar sentiasa bersiap sedia kerana kita tidak mahu sekiranya ada yang diarahkan supaya berpindah, masih enggan berbuat demikian sehingga mendatangkan kesukaran dalam operasi menyelamat.

“Sikap sedemikian perlu diubah kerana selain menyusahkan diri sendiri, pasukan penyelamat juga menghadapi kesukaran," kata beliau.

Menurut Encik Hasanuddin, sepanjang gelombang pertama banjir yang melanda Kelantan minggu lalu, pihaknya mendapati masih ramai penduduk yang enggan berpindah walaupun kawasan rumah telah dinaiki air lebih satu meter.

Beliau menambah antara alasan yang dikemukakan untuk tidak berpindah adalah menjaga harta benda dan sudah biasa dengan banjir namun ia hanya mengundang risiko jika mereka ditimpa masalah selepas itu.

"Pasukan penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) adakalanya terpaksa menggunakan kaedah memujuk bagi menasihatkan mangsa banjir supaya berpindah,” ujarnya.

Sementara itu, Encik Hasanuddin berkata agensi penyelamat termasuk polis dan agensi-agensi lain yang berkaitan sudahpun melakukan persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan