Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Johor umum tindakan tegas terhadap ‘Mat Rempit’

Polis Johor akan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan lumba haram atau ‘Mat Rempit’ yang dilihat terus berlarutan hingga mencabar pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Johor umum tindakan tegas terhadap ‘Mat Rempit’

Gambar fail: BERNAMA

Diterbitkan : 04 Feb 2018 09:27AM Dikemas Kini : 04 Feb 2018 09:30AM

JOHOR BAHRU: Polis Johor akan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan lumba haram atau ‘Mat Rempit’ yang dilihat terus berlarutan hingga mencabar pihak berkuasa.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata bahawa golongan itu sepatutnya lebih berperikemanusiaan dan memikirkan kesejahteraan orang ramai sebelum melakukan aktiviti yang tidak berfaedah itu.

"Kegiatan ‘Mat Rempit’ itu bukan sahaja berlaku di Johor tetapi juga di negeri-negeri lain. Pelbagai cara dan kaedah sudahpun dilaksanakan untuk menghalang kegiatan mereka itu daripada terus berleluasa.

"Tetapi, kini mereka menjadikan kawasan-kawasan laluan sensitif sebagai lokasi perlumbaan seperti hospital dan sekolah. Mereka tidak ada rasa hormat, sepatutnya mereka faham dan tahu mengenai tempat-tempat ini.

“Mereka sudah melampau dan kita tidak akan berkompromi," katanya semalam (3 Feb).

Datuk Mohd Khalil berkata bahawa polis akan menjalankan arahan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhun Sultan Iskandar untuk membanteras kegiatan ‘Mat Rempit’ daripada terus berleluasa.

Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook semalam berkata bahawa beliau menerima banyak aduan khususnya daripada pesakit Hospital Sultanah Aminah (HAS) yang tidak dapat tidur disebabkan bunyi bising enjin motosikal akibat perlumbaan haram yang kerap berlaku terutama pada lewat malam di kawasan berkenaan.

Sultan Ibrahim juga menambah bahawa anaknya Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim pernah berkata beliau sukar untuk tidur pada waktu malam semasa menerima rawatan di Wad DiRaja HSA disebabkan bunyi kuat enjin motosikal.

Keadaan yang sama turut dialami oleh menantu beliau, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, ketika melahirkan kedua-dua anaknya di HSA.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan