Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Johor nafi kenyataan rakyat S'pura akan diragut apabila sempadan dibuka

Polis Johor menafikan kenyataan yang tular di media sosial berhubung kemungkinan rakyat Singapura akan diragut di daerah itu apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Johor nafi kenyataan rakyat S'pura akan diragut apabila sempadan dibuka

Ketua Polis Johor. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 24 Nov 2021 11:02PM Dikemas Kini : 24 Nov 2021 11:04PM

JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan kenyataan yang tular di media sosial berhubung kemungkinan rakyat Singapura akan diragut di daerah itu apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita tidak sahih berhubung perkara itu. 

Beliau berkata secara keseluruhan, indeks jenayah di Johor bagi tempoh Januari 2021 hingga semalam (23 Nov) menunjukkan penurunan sebanyak 2,610 kes iaitu 39.67 peratus dan berada dalam keadaan terkawal.

“Kes samun ragut di Johor bagi tempoh sama juga mencatatkan penurunan sebanyak 125 kes bersamaan 77.64 peratus berbanding tahun lepas. Begitu juga kes curi motosikal yang menurun sebanyak 1,099 kes iaitu 51.05 peratus,” menurutnya dalam kenyataan malam ini (24 Nov).

Encik Ayob Khan berkata bagaimanapun, pihaknya akan terus bertindak secara agresif bagi membanteras kegiatan jenayah sekali gus memastikan Johor selamat didiami dan dikunjungi.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa jua perkara yang ditularkan dan perlu menyemak terlebih dahulu bagi mendapatkan kesahihan maklumat.

Terdahulu, kenyataan itu mendakwa terdapat beratus-ratus pencuri yang menaiki motosikal di daerah ini bersedia untuk meragut pelancong dari Singapura apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka semula dan antara lain mendakwa polis tidak akan mengambil tindakan berikutan terdapat terlalu banyak pencuri di Johor.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan