Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Israel soal siasat Netanyahu berhubung dakwaan terima rasuah

Polis Israel ke rumah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Baitulmakdis pagi tadi (15 Dis) untuk menyoal siasat beliau berhubung dakwaan menerima rasuah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2017 05:49PM Dikemas Kini : 15 Dec 2017 09:36PM

ISRAEL: Polis Israel ke rumah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Baitulmakdis pagi tadi (15 Dis) untuk menyoal siasat beliau berhubung dakwaan menerima rasuah.

Media Israel menyatakan ini mungkin soal siasat terakhir terhadap pemimpin Israel itu dan polis dijangka menggulung kes tersebut secara segera.

Encik Netanyahu juga disyaki terbabit dalam penipuan dan salah guna kuasa.

Ini merupakan kali ketujuh polis menyoal siasat beliau berhubung hadiah-hadiah mewah yang diterimanya dari tokoh-tokoh perniagaan. Ini termasuklah dari peniaga dan penerbit filem Hollywood, Arnon Milchan dan hartawan Australia, James Packer.

Selain itu Encik Netanyahu disiasat berhubung rundingan sulitnya dengan pemilik sebuah akhbar terkemuka Israel.

PM Netanyahu dikatakan meminta akhbar itu membuat liputan positif mengenai beliau.

Sebagai balasan beliau akan mengawal kegiatan sebuah syarikat akhbar percuma yang menjadi pesaing akhbar tersebut.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan