Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis ini kawal trafik dengan gaya ‘moonwalk’ ala Michael Jackson

Tugasnya sebagai polis trafik. Namun gerak-geri ala raja pop Michael Jackson yang menarik perhatian orang ramai di jalan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis ini kawal trafik dengan gaya ‘moonwalk’ ala Michael Jackson

Petikan gambar dari YouTube.

Diterbitkan : 29 Dec 2017 05:20PM Dikemas Kini : 01 Jan 2018 10:22PM

INDIA: Tugasnya sebagai polis trafik. Namun gerak-geri ala raja pop Michael Jackson yang menarik perhatian orang ramai di jalan raya.

Encik Ranjeet Singh membuat para pengguna jalan raya tertoleh-toleh apabila beliau berjalan mengikut gaya ‘moonwalk’ di persimpangan jalan yang sibuk, bagi mengelak beca dan lori di tengah Indore, India di mana terdapat dua juta penduduk.

“Saya sudah menjadi peminat Michael Jackson selama bertahun-tahun dan meniru gaya ‘moonwalk’ itu untuk menghentikan trafik 12 tahun lalu,” Encik Singh memberitahu AFP.

“Pada awalnya orang ramai agak terkejut tapi cara itu berkesan sepanjang beberapa tahun ini malah menjadi popular,” kata beliau.

“Tugas mengawal trafik di tengah-tengah pencemaran bunyi dan pengguna jalan raya yang cuai amat memenatkan tetapi ‘moonwalk’ yang saya lakukan membuat pengguna jalan raya terhibur,” kongsi Encik Singh.

Beliau menjadi fenomena online dengan hampir 50,000 orang yang mengikuti kegiatannya di laman Facebook.

Lelaki India itu juga berkata jumlah kesalahan trafik di persimpangan jalan di mana beliau bertugas sudah berkurangan. Sebuah universiti di India sedang meneliti cara polis trafik berkenaan untuk mengetahui sama ada cara Encik Singh itu menyumbang kepada pengurangan kesalahan trafik.

Jalan raya di India terkenal dengan kesesakan teruk. Para pemandu, yang terpaksa berdepan dengan jalan raya sesak dan isyarat trafik yang rosak, sering melepaskan kemarahan mereka ke atas polis yang mengawal keadaan.

Encik Singh berkata sebahagian pemandu muda di India juga sudah terkorban akibat kecuaian mereka sendiri di jalan raya.

“Saya sudah mengendalikan lebih 40 mayat orang muda akibat kemalangan dalam tempoh beberapa tahun lalu dan saya berasa sedih,” kata beliau. “Saya hanya mahu anak-anak muda terus pastikan keselamatan dan mematuhi syarat.”

Rakan-rakan Encik Singh pada awalnya berasa kurang pasti apabila beliau menggunakan cara yang pernah dipopularkan oleh Michael Jackson untuk menarik perhatian dan mengurus trafik. Namun mereka kini sudah boleh menerima cara Encik Singh.

Malah sekarang, beliau sendiri sekarang mengajar pegawai polis trafik yang lain untuk ‘moonwalk’.

“Ibu bapa saya bangga dengan saya kerana melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan cara yang inovatif yang melibatkan gaya ala Michael Jackson,” tambah Encik Singh. 

Sumber : Agensi berita/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan