Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Indonesia tahan 34 suspek pengganas di Pusat Kalimantan

Skuad antipengganas Polis Indonesia (Densus 88) dan Polis Kalimantan Tengah menahan 34 individu yang disyaki pengganas, termasuk para wanita dan kanak-kanak di Wilayah Palangka Raya dan Gunung Mas.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Indonesia tahan 34 suspek pengganas di Pusat Kalimantan

Gambar fail: Aman Rochman

Diterbitkan : 13 Jun 2019 11:47PM Dikemas Kini : 13 Jun 2019 11:50PM

KALIMANTAN: Skuad antipengganas Polis Indonesia (Densus 88) dan Polis Kalimantan Tengah menahan 34 individu yang disyaki pengganas, termasuk para wanita dan kanak-kanak di Wilayah Palangka Raya dan Gunung Mas.

Pihak polis sudah mendedahkan dua daripada suspek itu, yang dikenal pasti dengan awalan 'A' dan 'T', manakala yang lain belum lagi disiasat, menurut seorang jurucakap Pesuruhjaya Kanan Polis Kalimantan Hendra Rochmawan pada Khamis (13 Jun).

"Kewujudan kumpulan itu di tengah Kalimantan dikendalikan oleh Ansyari, seorang penduduk Palangka Raya, sejak awal 2019," menurutnya.

Kumpulan itu, yang didakwa mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas Jamaah Ansharut Daulah (JAD), dianggap sebagai kumpulan berbahaya, kerana semua anggotanya dilatih membuat bom.

"Mereka menyasar polis di Jakarta, bukan di Kalimantan Tengah,' beliau menambah.

Semasa serbuan yang dijalankan di beberapa lokasi di Palangka Raya, skuad antipengganas berjaya merampas bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bom.

"Mereka berada di Kalimantan Tengah selama enam bulan untuk menjalani latihan dan mula bergerak setelah menerima arahan untuk ke Jakarta," jelas Encik Rochmawan.

Pada 2018, kumpulan yang berpangkalan di Aceh itu, dibubarkan setelah Densus 88 memberkas beberapa anggotanya. Salah seorang daripada mereka melarikan diri ke Kalimantan Tengah.

"Ia hakikatnya adalah kumpulan yang dianggotai oleh individu-individu yang melarikan diri. Mereka bukan memencilkan diri kerana mengumpulkan dana dan latihan," tambahnya.

Kumpulan itu merancang untuk mencetuskan keadaan tidak tenteram dan pengganasan di beberapa wilayah di negara itu, menurut Encik Rochmawan lagi. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan