Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Indonesia beri amaran: Jangan adakan tunjuk-tunjuk perasaan

Pihak berkuasa Indonesia pada Khamis (18 Apr) memberi amaran supaya jangan diadakan sebarang tunjuk perasaan besar-besaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Indonesia beri amaran: Jangan adakan tunjuk-tunjuk perasaan

Penyokong mengelilingi kenderaan yang membawa Presiden Joko Widodo selepas Pilihan Raya Indonesia di Jakarta pada 17 April 2019. (Gambar: Ismoyo Bay/AFP)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 04:47PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 04:50PM

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia pada Khamis (18 Apr) memberi amaran supaya jangan diadakan sebarang tunjuk perasaan besar-besaran. Ini sedang calon Presiden, Prabowo Subianto menolak keputusan awal pilihan raya yang kelihatan berpihak kepada Presiden Joko Widodo.

Jika menang, ini bermakna Presiden yang juga dikenali sebagai Jokowi itu akan memegang jawatan buat penggal kedua di negara demokrasi ketiga terbesar dunia itu.

Ketua Polis Negara Tito Karnavian menegaskan undian berjalan "lancar dan selamat" pada Rabu (17 Apr) tidak akan dicemari tunjuk perasaan dan menggertak akan menahan sesiapa yang melanggar undang-undang.

"Saya menggesa semua pihak agar tidak mengadakan tunjuk perasaan beramai-ramai, sama ada untuk meraikan atau membantah" keputusan, tambah Encik Karnavian.

Jalan-jalan raya di Jakarta pada Khamis kelihatan lengang setelah sekitar 190 juta rakyat keluar mengundi di negara majoriti Muslim itu. Pilihan raya sehari itu menampilkan jumlah rekod 245,000 calon bagi jawatan presiden, anggota parlimen dan pemimpin-pemimpin tempatan.

Meskipun keputusan rasmi hanya dijangka bulan depan, beberapa "kiraan pantas" oleh badan-badan peninjau membayangkan bahawa Encik Jokowi berada antara sembilan hingga 11 peratusan mata di hadapan pesaingnya pada Khamis.

Dalam pilihan-pilihan raya sebelum ini, perkiraan pantas tepat menjangkakan keputusan rasmi, namun Encik Jokowi kali ini belum lagi mengisytiharkan kemenangan. Sebaliknya, pesaing beliau, Encik Prabowo bertegas bahawa beliau adalah presiden baru negara itu.

Mantan jeneral yang mempunyai hubungan rapat dengan pemerintahan diktator Suharto yang jatuh pada 1998, sebelum ini memberi amaran akan mencabar keputusan itu di mahkamah jika beliau kalah dan menganjurkan tunjuk perasaan di jalan-jalan raya atas dakwaan penipuan undi.

Kami tidak akan gunakan taktik haram kerana kami sudah menang," umum Encik Subianto pada Rabu.

"Bagi mereka yang mempertahan (para pesaing saya), saya akan tetap mempertahan anda. Saya adalah Presiden bagi semua warga Indonesia."

Encik Prabowo, 67 tahun, yang sudah lama mengidamkan jawatan tertinggi negara itu, kalah di tangan Encik Widodo pada 2014 dan kemudian mencabar keputusan itu di mahkamah namun gagal.

Di wadah online, mantan jeneral itu dikecam netizen yang mempersendakannya kerana enggan menerima keputusan tidak rasmi.

"Sejujurnya kami berasa simpati terhadap Prabowo, bukan kerana beliau kalah pilihan raya (lagi) namun kerana beliau dikelilingi orang-orang yang menyokongnya hingga beliau ibarat zombi yang tidak tahu membezakan antara realiti dan mimpi," menurut seorang pengguna Twitter dengan 165,000 pengikut.

Akhbar-akhbar tempatan menyeru perpaduan, dengan akhbar utama Kompas menulis "Ayuh bersatu" manakala Tempo mengisytiharkan "Sekali Lagi" buat Encik Widodo.

Pasaran saham menyambut baik keputusan awal, dengan indeks komposit Jakarta dan mata wang rupiah kedua-duanya mengukuh apabila perdagangan dibuka pagi ini.

Sumber : AFP/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan