Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Hong Kong tangkap sebahagian penunjuk perasaan di Chatter Garden

Keganasan berlaku lagi dalam bantahan baru di Hong Kong hari ini (19 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Hong Kong tangkap sebahagian penunjuk perasaan di Chatter Garden

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jan 2020 08:58PM Dikemas Kini : 19 Jan 2020 09:00PM

HONG KONG: Keganasan berlaku lagi dalam bantahan baru di Hong Kong hari ini (19 Jan).

Polis bertindak menangkap para penunjuk perasaan apabila sebahagian daripada ribuan pesertanya melimpah ke jalan-jalan raya di sekitar Chatter Garden yang terletak di kawasan pusat perniagaan.

Polis sebelum ini memberi lampu hijau kepada pihak penganjur mengadakan perhimpunan di Chatter Garden tetapi menolak permintaan mereka untuk berarak ke Causeway Bay kerana bimbang tercetus keganasan.

Para penunjuk perasaan menuntut pembaharuan pilihan raya dan menyeru dipulaukan Parti Komunis China.

Mereka juga menyeru negara-negara lain supaya mengenakan sekatan terhadap para pegawai yang dituduh mereka menghambat hak asasi manusia di wilayah khas China ini.

Sumber : AP/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan