Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Hong Kong tahan 3 lelaki didakwa uji bom buatan sendiri

Polis Hong Kong  menahan tiga lelaki  hari ini (14 Dis) kerana didakwa menguji bahan letupan buatan sendiri, menggunakan alat kawalan jauh.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Hong Kong tahan 3 lelaki didakwa uji bom buatan sendiri

Para pegawai polis berdiri sebelah penghadang yang terbakar semasa bantahan anti pemerintah di Hong Kong pada 20 Okt 2019. (Gambar: Ammar Awad/Reuters)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 10:46PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 10:48PM

HONG KONG: Polis Hong Kong menahan tiga lelaki hari ini (14 Dis) kerana didakwa menguji bahan letupan buatan sendiri, menggunakan alat kawalan jauh.

Mereka mengesyaki peranti itu bertujuan digunakan semasa tunjuk perasaan di wilayah pentadbiran khas China itu.

Ketiga-tiga lelaki itu ditangkap di Tuen Mun di mana polis juga merampas bahan kimia, alat kawalan jauh dan bahan-bahan peledak lain, seperti ditemui dalam kes sebelumnya.

Polis juga menemui perisai badan kalis peluru dan topeng gas.

Kumpulan lelaki itu dipercayai merancang untuk meletupkan bahan ledakan itu semasa satu perhimpunan besar-besaran.

Sementara itu, polis juga menahan lima belia berkaitan kes kematian seorang lelaki berusia 70 tahun, yang dilontar di kepalanya dengan batu sewaktu tunjuk perasaan pada bulan lalu.

Tiga belia lelaki dan dua perempuan berusia antara 15 tahun dengan 18 tahun itu ditahan bagi siasatan lanjut kerana didakwa membunuh, merusuh dan mencederakan lelaki tersebut.

Sumber : Reuters/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan