Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Hong Kong selar tunjuk perasaan 'tidak munasabah'

Polis Hong Kong pada Sabtu (21 Jun) mengutuk keras para penunjuk perasaan anti pemerintah kerana mengepung ibu-ibu pejabat polis. Polis menyifatkan bantahan itu sebagai "perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan tidak munasabah".

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Hong Kong selar tunjuk perasaan 'tidak munasabah'

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Jun 2019 11:50AM Dikemas Kini : 22 Jun 2019 11:55AM

HONG KONG: Polis Hong Kong pada Sabtu (21 Jun) mengutuk keras para penunjuk perasaan anti pemerintah kerana mengepung ibu-ibu pejabat polis.

Polis menyifatkan bantahan itu sebagai "perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan tidak munasabah".

Pihak berkuasa juga berikrar akan memberkas para ketua tunjuk perasaan.

Dalam kenyataannya, Polis Hong Kong menyatakan para pegawai telah menunjukkan kesabaran dan sikap bertolak ansur terhadap tindak tanduk para penunjuk perasaan.

Namun, polis kini menyatakan ia akan mengambil tindakan susulan yang lebih tegas terhadap kegiatan-kegiatan yang diharamkan.

Pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan berkenaan selepas Pemerintah Hong Kong menekankan bahawa ia telah menggantung rang undang-undang yang mencetuskan kontroversi.

Menurut Pemerintah, sesi Majlis Perundangan sekarang ini akan berakhir pada hujung bulan depan dan pindaan yang diusulkan terhadap rang undang-undang berkenaan akan luput semasa tempoh itu.

Pemerintah Hong Kong bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada ia akan menggugurkan sama sekali atau menarik balik rang undang-undang tersebut. 

Sumber : Agensi berita/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan