Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Hong Kong lepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan

Polis melepaskan gas pemedih mata dan semburan lada ke arah ratusan penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong yang berhimpun ada Ahad (24 Mei) untuk membantah satu undang-undang keselamatan kontroversial yang diusul China minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Hong Kong lepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan

Penunjuk perasaan di Hong Kong pada 24 Mei 2020 (Gambar: Anthony Wallace/AFP)

Diterbitkan : 24 May 2020 05:29PM Dikemas Kini : 24 May 2020 05:34PM

HONG KONG: Polis melepaskan gas pemedih mata dan semburan lada ke arah ratusan penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong yang berhimpun ada Ahad (24 Mei) untuk membantah satu undang-undang keselamatan kontroversial yang diusul China minggu lalu.

Undang-undang yang diusulkan itu bertujuan menangani masalah pemisahan, pengganasan dan campur tangan asing.

Ia menyusuli tunjuk perasaan besar-besaran dan kadang-kalanya berubah ganas selama berbulan-bulan di Hong Kong dan setelah Beijing berulang kali memberi amaran ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tentangan.

Bimbang bahawa undang-undang yang diusulkan itu akan mengekang hak kebebasan di wilayah khas China itu, penganjurnya menggesa penyokong untuk berhimpun dan ratusan menyahut seruan itu. Mereka berkumpul di kawasan sibuk Causeway Bay dan Wan Chai, melaungkan cogan kata antipemerintah ketika gas pemedih mata dilepaskan, selepas polis memberi amaran supaya bersurai.

"Sesiapa sahaja boleh ditangkap hanya kerana kata-kata yang mereka luahkan atau tulis yang menentang pemerintah," kata seorang penunjuk perasaan Vincent,25 tahun kepada AFP.

Polis rusuhan dikerah setelah amaran awal oleh pihak berkuasa terhadap perhimpunan tanpa izin itu diadakan sedang wilayh tersebut melaksanakan undang-undang berkaitan COVID-19 yang melarang perhimpunan lebih lapan orang di tempat awam.

Tunjuk perasaan pada Ahad mirip bantahan yang berlaku pada tahun lalu, apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan menyembur lada manakala orang ramai terus membantah - dengan sebilangannya melontar objek seperti payung ke arah polis.

Lebih 8,300 diberkas sejak mulanya tunjuk perasaan tahun lalu. Sekitar 200 ditahan semasa tunjuk perasaan kecil-kecilan di pusat beli-belah pada Hari Ibu awal bulan ini.

Polis memberi amaran akan "membuat tangkapan sewajarnya" dan sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan ditahan polis pada Ahad apabila perhimpunan baru bermula, menurut wartawan AFP.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan