Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Hong Kong lepaskan gas pemedih dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan

Keganasan berlaku dalam tunjuk perasaan baru di Hong Kong menentang rang undang-undang ekstradisi yang membolehkan seseorang suspek dihantar ke China untuk dibicarakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jun 2019 05:50PM Dikemas Kini : 12 Jun 2019 09:30PM

HONG KONG: Keganasan berlaku dalam tunjuk perasaan baru di Hong Kong menentang rang undang-undang ekstradisi yang membolehkan seseorang suspek dihantar ke China untuk dibicarakan.

Pada mulanya puluhan ribu orang mengadakan perhimpunan secara aman di luar bangunan parlimen Hong Kong bagi menghalang pusingan kedua perbahasan rang itu yang sepatutnya bermula hari ini tetapi sudah ditangguhkan hingga tarikh yang belum ditetapkan.

Namun bantahan secara aman bertukar ganas apabila segolongan peserta melontar botol dan cuba menyerang polis dengan payung.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas memberi amaran kepada para penunjuk perasaan supaya tidak terus mara.

Tentangan terhadap rang undang-undang ekstradisi itu mencetuskan tunjuk perasaan politik terbesar di Hong Kong sejak Britain memulangkan wilayah ini kepada China pada tahun 1997 di bawah formula "satu negara, dua sistem".

Ia menjamin autonomi khas Hong Kong termasuk kebebasan dalam bidang kehakiman, akhbar dan mengadakan perhimpunan.

Bagaimanapun banyak pihak di Hong Kong menuduh China melakukan banyak campur tangan dalam urusan wilayah khasnya itu, termasuk menghalang pembaharuan demokratik.

Sumber : AFP/REUTERS/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan