Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Hong Kong haramkan dua perarakan besar-besaran

Polis Hong Kong mengharamkan dua perarakan besar-besaran - menjelang minggu ke-11 berturut-turut tunjuk perasaan diadakan di bandar tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Hong Kong haramkan dua perarakan besar-besaran

(Gambar: AP/Vincent Yu)

Diterbitkan : 16 Aug 2019 01:07PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 01:11PM

HONG KONG: Polis Hong Kong mengharamkan dua perarakan besar-besaran - menjelang minggu ke-11 berturut-turut tunjuk perasaan diadakan di bandar tersebut.

Ia berpunca daripada usulan rang undang-undang ekstradisi ke China yang kini sudah dibatalkan oleh pemerintah bandar tersebut.

Tunjuk perasaan pada hari Ahad oleh Barisan Hak Asasi Manusia Sivil dari Causeway Bay ke Central dan perarakan esok di daerah Hung Hom, tidak diluluskan atas sebab keselamatan awam.

Dalam surat kepada badan itu yang menjelaskan larangan tersebut, polis merujuk kepada 18 tunjuk perasaan anti-pemerintah sejak Jun, yang berakhir dengan keganasan dan kecederaan.

Lima daripadanya dianjurkan oleh badan tersebut.

Namun, ia berhasil mendapatkan kebenaran untuk mengadakan tunjuk perasaan di Victoria Park, bagi membantah keganasan polis.

Polis juga telah memberi kebenaran untuk satu rapat diadakan di Chater Garden di Central.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan