Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Hong Kong diberi kuasa keselamatan meluas

Polis Hong Kong diberikan kuasa yang meluas untuk melakukan serbuan dan pemeriksaan tanpa waran - serta mengeluarkan notis menamatkan khidmat Internet - di bawah undang-undang keselamatan nasional baru Beijing.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Hong Kong diberi kuasa keselamatan meluas

(Gambar: AFP/Issac Lawrence)

Diterbitkan : 07 Jul 2020 02:37PM Dikemas Kini : 07 Jul 2020 02:47PM

HONG KONG: Polis Hong Kong diberikan kuasa yang meluas untuk melakukan serbuan dan pemeriksaan tanpa waran - serta mengeluarkan notis menamatkan khidmat Internet - di bawah undang-undang keselamatan nasional baru Beijing.

Pengumuman itu dibuat sedang syarikat teknologi utama termasuk Facebook, Google dan Twitter mengumumkan bahawa mereka menggantung permintaan daripada pemerintah Hong Kong dan pihak penguat kuasa untuk mendapatkan maklumat mengenai pengguna.

Peruntukan baru itu, yang didedahkan pada lewat Isnin dalam dokumen setebal 116 muka surat, menghapuskan banyak pengawasan kehakiman yang sebelumnya mentadbir kuasa pihak polis.

Di bawah undang-undang itu, pegawai polis boleh melakukan penggeledahan tanpa waran sekiranya mereka menganggap wujud ancaman terhadap keselamatan negara yang perlu tindakan "segera".


Ketua polis Hong Kong juga diberi kuasa mengawal dan memadamkan maklumat online jika ada "alasan munasabah" untuk mengesyaki data tersebut melanggar undang-undang keselamatan negara.

Polis juga boleh mengarah penyedia khidmat dan syarikat Internet untuk memadam maklumat dan merampas peralatan mereka, dengan denda serta penjara sehingga setahun jika mereka enggan bekerjasama.

Syarikat-syarikat tersebut juga dikehendaki menyediakan rekod pengenalan dan bantuan penyahkod.

Malah, Ketua Hong Kong Carrie Lam diberi kuasa meluas berhubung kes keselamatan nasional, termasuk memintas komunikasi, menurut dokumen itu.

Ketua polis boleh meminta pertubuhan politik antarabangsa - termasuk yang ada di Taiwan - untuk memberikan maklumat mengenai kegiatan mereka di Hong Kong termasuk data peribadi, sumber pendapatan dan perbelanjaan.

Kuasa itu menimbulkan kontroversi kerana undang-undang keselamatan nasional baru Beijing itu melarang pandangan politik tertentu di Hong Kong, seperti sokongan bagi kemerdekaan atau autonomi lebih luas.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan