Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Hong Kong ancam guna 'peluru hidup'

Polis Hong Kong pada Isnin (18 Nov) buat pertama kali sejak beberapa bulan kebelakangan ini memberi amaran akan menggunakan peluru hidup selepas penunjuk perasaan pro-demokrasi menggunakan panah dan melontar bom petrol ke arah para pegawainya di kampus universiti.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Hong Kong ancam guna 'peluru hidup'

Penunjuk perasaan melepaskan panah semasa sedang bediri di jalan raya yang dikepung di luar Universiti Politeknik Hong Kong di Hong Kong. (Gambar: ISAAC LAWRENCE/AFP)

Diterbitkan : 18 Nov 2019 11:41AM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 11:42AM

HONG KONG: Polis Hong Kong pada Isnin (18 Nov) buat pertama kali sejak beberapa bulan kebelakangan ini memberi amaran akan menggunakan peluru hidup selepas penunjuk perasaan pro-demokrasi menggunakan panah dan melontar bom petrol ke arah para pegawainya di kampus universiti. Ia berlaku sedang krisis yang membelenggu wilayah khas China itu terus memburuk.

Hab kewangan global tersebut bergolak sejak Jun lalu apabila ramai orang di bandar raya, yang dihuni 7.5 juta rakyat itu, bangkit melepaskan kemarahan masing-masing kerana merasakan kebebasan mereka dicabuli di bawah pemerintahan China.

China berulang kali memberi amaran bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan perkara itu dan terdapat kemungkinan Beijing akan menghantar pasukan tentera bagi menghentikan semua kekacauan.

Pertempuran pada Ahad (17 Nov), yang menyaksikan seorang anggota polis cedera dipanah di bahagian kaki, bertambah buruk pada sebelah malam.

Ia berlaku di seluruh Kowloon, dengan lokasi utama adalah sekitar Universiti Politeknik Hong Kong (PolyU). Ramai penunjuk perasaan mencetuskan kebakaran besar bagi menghalang polis menyerbu kampus berkenaan.

Mereka menggunakan payung bagi melindungi diri daripada semburan meriam air dan membaling bom petrol ke arah kenderaan berperisai polis, membuatkannya terbakar di sebuah jejambat berhampiran kampus tersebut.

Polis mengisytiharkan pekarangan kampus itu sebagai lokasi rusuhan, kesalahan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, dan menutup semua pintu keluar. Ini dilakukan serentak dengan amaran keras oleh jurucakap polis, Louis Lau, yang disiarkan secara langsung di Facebook.

“Saya memberi amaran kepada semua perusuh, jangan gunakan bom petrol, panah, kereta atau sebarang senjata berbahaya untuk menyerang anggota polis," kata beliau.

“Jika mereka terus menggunakan senjata berbahaya seperti itu, kami tiada pilihan selain daripada menggunakan kekerasan termasuk menembak menggunakan peluru hidup untuk bertindak balas."

Tiga perusuh sudahpun ditembak polis setakat ini, namun kesemuanya berlaku akibat pertempuran ganas di jalanan.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan