Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Gibraltar bebaskan kesemua kelasi kapal tangki Iran yang disita

Polis Gibraltar menyatakan pihaknya sudahpun membebaskan kesemua empat kelasi kapal tangki minyak Iran, Grace 1, dengan jaminan tanpa sebarang pendakwaan selepas mereka ditahan minggu lalu kerana disyaki melanggar sekatan Eropah kerana membawa masuk minyak ke Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Gibraltar bebaskan kesemua kelasi kapal tangki Iran yang disita

Kapal Tentera Laut Diraja Britain (belakang, kanan) membuat rondaan berhampiran kapal Grace 1 yang disyaki membawa minyak mentah ke Syria, melanggar sekatan EU selepas ia ditahan di luar pantai Gibraltar pada 4 Julai 2019. (Gambar: Jorge Guerrero/AFP)

Diterbitkan : 13 Jul 2019 12:25PM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 12:28PM

LONDON: Polis Gibraltar menyatakan pihaknya sudahpun membebaskan kesemua empat kelasi kapal tangki minyak Iran, Grace 1, dengan jaminan tanpa sebarang pendakwaan selepas mereka ditahan minggu lalu kerana disyaki melanggar sekatan Eropah kerana membawa masuk minyak ke Syria.

Menurut polis semalam, mereka menahan dua kelasi kapal sehari selepas kapten dan ketua pegawai kapal berkenaan diberkas.

Kenyataan polis menyebut kesemua empat kelasi kapal berkenaan diberi jaminan bersyarat. Tanpa mengulas lanjut, ia menambah siasatan sedang dijalankan dan Grcae 1 akan terus disita.

Sebagai tindak balas, Iran mengancam akan menahan sebuah kapal minyak Britain jika negara Eropah itu tidak segera melepaskan sebuah kapal minyak yang ditahannya di perairan Gibraltar sejak 4 Julai lalu.

Kapal Grace 1 itu membawa minyak mentah dari Iran yang dipercayai hendak dikirimkan ke Syria. Kiriman sedemikian melanggar sekatan Kesatuan Eropah terhadap Syria yang dikenakan sejak tahun 2011.

Bagaimanapun Tehran mendakwa kapal itu ditahan atas permintaan Amerika Syarikat yang sudah menguatkuasakan semula sekatannya terhadap Iran.

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan